Isnin, 23 Disember 2013

PENYAKIT KENCING TIKUS

APAKAH ITU PENYAKIT KENCING TIKUS? 

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

ADAKAH TIKUS HAIWAN PEMBAWA BAKTERIA INI??

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?

Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.

Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain. 

Faktor risiko termasuklah:

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

  • Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.



    PENYAKIT KENCING TIKUS

    APAKAH KOMPLIKASI YANG DIHADAPI PESAKIT?

    Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.

    Gejala menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.

    APAKAH BENTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN?

    Sebagaimana jangkitan bakteria lain, Leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti Penisilin, Streptomisin, Eritromisin, Tetrasiklin dan Doksisiklin yang perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan. Namun jika gejala dialami serius, doktor akan memantau keadaan pesakit supaya tidak bertambah teruk.

    APAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN KENCING TIKUS?

    Selain rawatan, beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan bakteria Leptospira iaitu:
    1.Elak mengharung air (terutama air banjir) atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika anda ada luka atau kudis.
    2.Elak mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga ia disahkan selamat.
    3.Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.
    4.Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dulu.
    5.Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.
    6.Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria Leptospira.
    7.Sentiasa bersihkan kawasan keliling rumah supaya air tidak bertakung

    Dipetik dari pelbagai sumber:
    1) Jabatan Perkhidamtan Veterinar Malaysia
    2) http://www.btdm.net/arkib2/09/may/seksyen9.pdf
    3) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index



    Selasa, 10 Disember 2013

    PETUA PENJAGAAN RAMBUT

    PETUA PENJAGAAN RAMBUT


    POTONG

    Terimalah hakikat yang anda perlu memotong rambut, walaupun anda sedang cuba membiarkan rambut anda panjang. Kerap menggunting sedikit rambut akan menjadikan anda kelihatan segar serta menyingkirkan rambut yang kering dan rosak. Kerap melakukannya akan mencegah lebih banyak rambut putus. Seinci pun akan membawa perbezaan yang besar!

    BIARKAN IA KERING SENDIRI

    Tahan diri daripada mengeringkan rambut dengan tuala. Menggosok rambut dengan tuala akan menyebabkan kutikel rambut terangkat dan mengakibatkan penampilan keriting halus yang tidak diingini. Tekap rambut anda hingga kering dan biarkan udara melakukan selebihnya.

    KURANGKAN PENGGUNAAN HABA

    Kurangkan penggunaan alat penggayaan sebanyak mungkin. Terlalu banyak menggunakan pengering rambut, pelurus rambut, pengikal dll boleh merosakkan rambut anda. Kerap menggunakan alat penggayaan haba ini pada rambut anda akan menyebabkan hujung rambut bercabang dan rambut putus yang sukar dibaiki lama-kelamaan.

    GUNAKAN PERAPI, GUNAKAN PERAPI, GUNAKAN PERAPI

    Jadikan perapi sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Perapi bertindak sebagai agen pelicin untuk menyekatakan kutikel rambut untuk memberikan anda rambut yang kelihatan lebih sihat. Walaupun anda tidak seharusnya mencuci rambut anda setiap hari, sapu perapi bersaiz sebiji kacang pis pada rambut setiap hari untuk rambut yang kelihatan lebih licin, lebih lembut. Jika rambut anda rosak, pergi selangkah lebih jauh dengan menggantikan perapi dengan masker penggiat 2-3 kali seminggu.

    LEPASKAN RAMBUT ANDA

    Beri peluang rambut anda ‘berehat’. Jangan sentiasa mengikat atau menocang rambut anda. Mengikat rambut anda menyebabkan ia ditarik dan disentap yang memberikan tekanan berlebihan kepada folikel anda yang sensitif. Kerap melakukannya akan menyebabkan rambut putus dan ‘lekuk’.

    SARANAN PRODUK SATINIQUE™







    • Sesuai untuk rambut kusam, kering dan tidak kemas.
    • Sistem yang terdiri daripada syampu dan perapi ini membantu menambah baik lembapan dari akar ke hujung. Hasilnya, rambut menjadi 6 kali lebih licin.*
    • Menampilkan ENERJUVE™ untuk menjadikan rambut kembali kelihatan semula jadi dan sihat serta Minyak Biji Kukui dan Pro-Vitamin B5.
    * Apabila digunakan dalam satu sistem iaitu Syampu dan Perapi Lembapan Licin dan Balm Pelurus (akan dijual pada 2014)











    • Sesuai untuk rambut halus, nipis dan tidak bermaya.
    • Sistem yang terdiri daripada syampu dan perapi ini membersih dengan lembut untuk memberikan rambut ketebalan dan bentuk tanpa menjadikannya berat.
    • Menampilkan ENERJUVE™ untuk menjadikan rambut kembali kelihatan semula jadi dan sihat serta Minyak Kacang Makadamia dan Protein Soya










    • Sesuai untuk rambut rosak atau menjalani rawatan warna.
    • Sistem yang terdiri daripada syampu dan perapi ini membersih dan merapi dengan lembut untuk melindungi, menguat dan membaiki rambut. Menjadikan rambut hingga 6x lebih kuat.*
    • Rumusan bebas sulfat untuk membantu melindungi warna daripada luntur.
    • Menampilkan ENERJUVE™ untuk menjadikan rambut kembali kelihatan semula jadi dan sihat serta botani Ekstrak Buah Delima dan Ekstrak Biji Anggur.
    Sebelum Sistem 
    Kutikel rambut terangkat. Menjadikannya mudah putus.
    Selepas Sistem
    Kutikel rambut licin. Kekukuhan dan kebingkasan rambut dikembalikan.
    * Apabila digunakan sebagai sistem iaitu Syampu Pembaikan Kilauan, Perapi Pembaikan Kilauan dan Masker Penggiat.


     
    • Sesuai untuk semua jenis rambut.
    • Pembersih lembut dan perapi seimbang memberikan khasiat untuk menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dalam satu langkah mudah.
    • Menampilkan ENERJUVE™ untuk menjadikan rambut kembali kelihatan semula jadi dan sihat serta Minyak Biji Borej dan Vitamin E.

    KOLEKSI RAWATAN SATINIQUE




    • Sesuai untuk rambut yang mengalami tekanan, rosak atau menjalani rawatan warna.
    • Rawatan memperkuat untuk membaiki dan merapi secara mendalam sebelum penggayaan. Bertindak jauh ke dalam rambut sambil menguatkan dan melindungi setiap helaian rambut. Menjadikan rambut 6 kali lebih kuat.*
    • Menampilkan ENERJUVE™ untuk menjadikan rambut kembali kelihatan semula jadi dan sihat serta botani Ekstrak Biji Anggur dan Minyak Biji Kukui.
    * Apabila digunakan sebagai sistem iaitu Syampu Pembaikan Kilauan, Perapi Pembaikan Kilauan dan Masker Penggiat.


    ADUNAN BOTANI DAN NUTRIEN


    MENGHIDUPKAN PENGALAMAN PENJAGAAN RAMBUT

    Para saintis SATINIQUE menggabungkan kepakaran pemakanan dan kecantikan mereka untuk memasukkan bahan-bahan inovatif untuk kesihatan rambut dengan botani dan nutrien yang dipilih dengan teliti.
         
      
      

    MINYAK BIJI BOREJ

    Borej yang juga dikenali sebagai starflower merupakan herba semusim yang berasal Syria. Ia digunakan untuk membaiki dan melembapkan rambut melalui keupayaannya oklusif (menghalang keluar) untuk membantu mengekalkan lembapan dan melicinkan lapisan luar kutikel.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi 2 Dalam 1 SATINIQUE™
     

    EKSTRAK BIJI ANGGUR

    Agen antioksidan semula jadi, ekstrak biji anggur merangsang folikel rambut, membantu menyokong pertumbuhan rambut yang sihat.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™, Masker Penggiat SATINIQUE™

     

    MINYAK BIJI KUKUI

    Minyak biji Kukui telah bertahun-tahun digunakan di Hawaii. Terkenal dengan kesan mempermuda dan melegakan, ia membantu mengembalikan kilauan dan keanjalan. Bahan ini sangat baik untuk rambut yang rosak akibat pendedahan kepada persekitaran.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi Lembapan Licin SATINIQUE™, Masker Penggiat SATINIQUE™

      
      
         
      
      

    MINYAK KACANG MAKADAMIA

    Minyak daripada kacang makadamia yang terdapat di seluruh Pasifik Selatan telah membekalkan antara unsur paling bermanfaat untuk rambut yang sihat kepada kami. Bahan yang ringan dan mudah diserap ini menambah kelembutan dan kilauan.
    Featured in:
    Ditampilkan dalam: Syampu dan Perapi Kelebatan Tambahan SATINIQUE™
     

    EKSTRAK BUAH DELIMA

    Buah delima diiktiraf dalam pelbagai budaya untuk khasiat dan sifat penyembuhnya yang mengagumkan. Ia digunakan untuk memulihkan rambut yang kusam dan kering serta melindunginya daripada pencemaran alam sekitar dan bahan kimia. Buah delima kaya dengan antioksidan iaitu tiga kali ganda berbanding antioksidan yang terdapat dalam teh hijau dan wain merah.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE™
     

    PRO-VITAMIN B5

    Pro-Vitamin B5 terdapat dalam alam semula jadi dan digunakan sebagai agen perapi untuk menyalut dan mengekalkan, melincirkan batang rambut dan menjadikan helaiannya kelihatan berkilau. Ia melembap, menghidrat semula dan melindungi rambut.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi Lembapan Licin SATINIQUE™

      
      
         
     
     

    PROTEIN SOYA

    Protein soya menjadikan rambut lebih mudah diurus, menambah baik kelebatan dan tekstur rambut, menambah baik rasa-sentuh dan ciri-ciri sikat kering, mengandungi sistina (blok binaan ikatan rambut) untuk mengukuh dan menyuburkan rambut.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi Kelebatan Tambahan SATINIQUE™

    Whastapp :
     018-2536378 
     Mohammad Noor
     

    VITAMIN E

    Vitamin E telah ditunjukkan membantu melembap dan melindungi rambut. Ia juga dikenal pasti sebagai agen antioksidan.
    Ditampilkan dalam:
    Syampu dan Perapi 2 Dalam 1 SATINIQUE™




    Rabu, 4 Disember 2013

    setiap prodak boleh jimatkan barang di rumah